Sunday, July 18, 2010

Discover the SECRET of NATURE: About Aquilaria Malaccensis Leave Extract

Clinical observations made over the years have discovered that the many antioxidant compounds naturally occurring in plant sources which have been identified as free radicals or active oxygen scavengers play a significant role in prevention and cure of coronary heart diseases. It has been shown that phenolic substances present in plants have major contribution for their antioxidant activity.


These herbal formulations are prepared using a mixture of plant materials according to traditional formulae. The therapeutic benefit of these medicinal preparations is often attributed to their antioxidant properties.


Studies on the phytochemical and antioxidant activity of Aquilaria malaccensis leaves extract suggests that its phenolic substances which are flavanoids present in this species might provide a great value of antioxidant activity. The extracts exhibited strong antioxidant activity radical scavenging activity with IC50 value of 8.0 × 102 μg/ml, 1.6 × 102 μg/ml, 1.4 × 102 μg/ml, 30.0 μg/ml and 3.33 μg/ ml for hexane, DCM, ethyl acetate, methanol and quarcetine respectively.


Because of its astringent nature (which helps to make your skin less oily and make cuts stop bleeding), the leaves extract provide an effective skin tonic and is recommended by Ayurvedic physicians as an application for restoring pigment in leucoderma. This natural occurring antioxidant also provides an antiseptic so gentle it is used for ear and eye infections as well as on open wounds.


Genkwanin Glycosides found in Aquilaria malaccensis leaves extract are molecules in which a sugar is bound to a non-carbohydrate moiety, usually a small organic molecule. Glycosides play numerous important roles in living organisms. Many plants store chemicals in the form of inactive glycosides. These can be activated by enzyme hydrolysis which causes the sugar part to be broken off, making the chemical available for use. Many such plant glycosides are used as medications. In animals (including humans), poisons (and other hazardous substances) are often bound to sugar molecules as part of their elimination from the body. Among the important effects of flavonoids, they are also known to decrease capillary fragility.


Friday, May 28, 2010

Siri Pengenalan (2): Rahsia Kejelitaan dalam Khazanah Alam Semulajadi

"Rahsia Khazanah Alam Semulajadi" - AURORA Gaharu

Spesis pohon Gaharu (dari genus Aquilaria) memang terkenal di seluruh dunia sejak berkurun lamanya yang mana kualiti hasil pokok yang terbaik hanya boleh didapati di sekitar Tanah Melayu, Indonesia, Cambodia dan Papua New Guinea. Faktor ini juga telah menjadi penggalak kepada pengembangan perdagangan antara Kepulauan Melayu Lama dengan dunia Timur Tengah dan Eropah beberapa abad yang lalu.

Antara kualiti khas dan unik dimiliki oleh pohon Aquilaria (Gaharu) ini adalah, ianya mampu menghasilkan sejenis enzim organik yang volatil, kaya dengan kandungan antiseptik dan antibodi tersendiri apabila terdedah kepada ancaman bakteria serta haiwan parasit. Berdasarkan kajian perhutanan, fenomena ini menyebabkan hanya kurang dari 7% pohon Gaharu dijangkiti oleh penyakit semulajadi akibat serangan fungus parasit.

Berbagai unsur pempraktikkan tradisi dan kegunaan pohon Gaharu dalam tamadun awal manusia pernah direkodkan. Yang menjadi daya tarikan serta fokus utama dalam penghasilan produk kosmetik AURORA Gaharuadalah penggunaannya secara meluas terutamanya di kalangan penduduk rantau kepulauan Melayu, antaranya termasuk:

  • Daun, akar dan kulit gaharu sangat baik digunakan sebagai ubat anti malaria, membantu merawat resdung dan menghilangkan bintik hitam pada wajah.
  • Air sulingan penghasilan kayu dan akar pohon Gaharu dijadikan sebagai asas perubatan selepas bersalin sebagai antibiotik, pencegah kegatalan kulit, jerawat dan lain-lain.
  • Daun serta bunga pohon Gaharu diekstrak dengan wangian kayu gaharu bagi menghindari kegatalan pada kulit terutamanya bagi mereka yang berkulit sensitif dan mudah menerima alahan. Ianya juga baik khusus untuk menghilangkan sel kulit mati.
  • Ekstrak daun pohon Gaharu boleh membantu merawat masalah jerawat dan jeragat, menganjalkan serta mencerahkan wajah dan menjaga kelembapan kulit. Ianya membantu menjadikan kulit lebih anjal, bersih, cerah, licin dan lembut secara semulajadi.
  • Menaikan seri wajah dan keyakinan diri melalui aroma semulajadi Gaharu.

Melalui teknik kajian saintifik dalam penggunaan bahan aktif ekstrak genus Aquilaria dan gabungan teknologi kosmetik terkini,
AURORA Gaharu™ buat ulung kalinya memperkenalkan produk kosmetik eklusif yang mampu membongkar rahsia kejelitaan wajah dan memertabatkan tradisi penggunaan ramuan khusus "Rahsia Khazanah Alam Semulajadi" pohon Gaharu.

Siri Pengenalan (1): Asal-usul nama diberi - "AURORA"

Definisi AURORA:

Dalam bidang kajian Astronomi - adalah fenomena semulajadi kejaiban pancaran cahaya waktu malam di langit sekitar kawasan kutub utara. Selalu berlaku dalam lapisan 'ionosphere', kejadian aurora ini ada juga dikesan di beberapa planet lain dalam sistem solar. Aurora ada juga dikenalpasti wujud akibat pengaruh Ribut Solar yang terhasil dari pancaran arus ion yang berterusan daripada matahari. Medan magnetik semulajadi Bumi akan menjadi perangkap kepada ion-ion tersebut dimana setiap partikel ion tersebut akan berkumpul di kawasan sekitar kutub Utara sebelum memecut masuk ke dalam pusat Bumi. Perlanggaran ion bersama lapisan atmosfera dan molekul-molekul udara ini yang menghasilkan tenaga cahaya Aurora. Aurora juga kerap berlaku dan akan bertambah cerah ketika intensiti kitaran solar pada matahari menjadi lebih kuat.
Dalam bidang kajian Bio-Teknologi - adalah sejenis enzim dalam kajian sel-sel yang bertanggungjawab dalam pembahagian serta merangsang penghasilan sel-sel baru. Aurora Kinase adalah pemangkin kepada pertumbuhan populasi sel dalam struktur biologi.