Friday, May 28, 2010

Siri Pengenalan (2): Rahsia Kejelitaan dalam Khazanah Alam Semulajadi

"Rahsia Khazanah Alam Semulajadi" - AURORA Gaharu

Spesis pohon Gaharu (dari genus Aquilaria) memang terkenal di seluruh dunia sejak berkurun lamanya yang mana kualiti hasil pokok yang terbaik hanya boleh didapati di sekitar Tanah Melayu, Indonesia, Cambodia dan Papua New Guinea. Faktor ini juga telah menjadi penggalak kepada pengembangan perdagangan antara Kepulauan Melayu Lama dengan dunia Timur Tengah dan Eropah beberapa abad yang lalu.

Antara kualiti khas dan unik dimiliki oleh pohon Aquilaria (Gaharu) ini adalah, ianya mampu menghasilkan sejenis enzim organik yang volatil, kaya dengan kandungan antiseptik dan antibodi tersendiri apabila terdedah kepada ancaman bakteria serta haiwan parasit. Berdasarkan kajian perhutanan, fenomena ini menyebabkan hanya kurang dari 7% pohon Gaharu dijangkiti oleh penyakit semulajadi akibat serangan fungus parasit.

Berbagai unsur pempraktikkan tradisi dan kegunaan pohon Gaharu dalam tamadun awal manusia pernah direkodkan. Yang menjadi daya tarikan serta fokus utama dalam penghasilan produk kosmetik AURORA Gaharuadalah penggunaannya secara meluas terutamanya di kalangan penduduk rantau kepulauan Melayu, antaranya termasuk:

  • Daun, akar dan kulit gaharu sangat baik digunakan sebagai ubat anti malaria, membantu merawat resdung dan menghilangkan bintik hitam pada wajah.
  • Air sulingan penghasilan kayu dan akar pohon Gaharu dijadikan sebagai asas perubatan selepas bersalin sebagai antibiotik, pencegah kegatalan kulit, jerawat dan lain-lain.
  • Daun serta bunga pohon Gaharu diekstrak dengan wangian kayu gaharu bagi menghindari kegatalan pada kulit terutamanya bagi mereka yang berkulit sensitif dan mudah menerima alahan. Ianya juga baik khusus untuk menghilangkan sel kulit mati.
  • Ekstrak daun pohon Gaharu boleh membantu merawat masalah jerawat dan jeragat, menganjalkan serta mencerahkan wajah dan menjaga kelembapan kulit. Ianya membantu menjadikan kulit lebih anjal, bersih, cerah, licin dan lembut secara semulajadi.
  • Menaikan seri wajah dan keyakinan diri melalui aroma semulajadi Gaharu.

Melalui teknik kajian saintifik dalam penggunaan bahan aktif ekstrak genus Aquilaria dan gabungan teknologi kosmetik terkini,
AURORA Gaharu™ buat ulung kalinya memperkenalkan produk kosmetik eklusif yang mampu membongkar rahsia kejelitaan wajah dan memertabatkan tradisi penggunaan ramuan khusus "Rahsia Khazanah Alam Semulajadi" pohon Gaharu.

No comments:

Post a Comment